Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2018

Berat badan Ideal

Menurut kajian, rakyat Malaysia terlalu banyak yang terlebih berat badan sehingga menjadi obesiti atau berat badan berlebihan. Hal ini berlaku kerana banyak makanan asas semua bangsa berasaskan lemak dan lebih karbohidrat tak kira waktu pengambilan makanan tersebut. Sebagai contoh, pagi sarapan dengan nasi lemak berlauk, tengah hari makanan berlemak (kari, masak lemak), malam nasi berlauk juga, dan makan tengah malam bagi yang cepat lapar adalah roti canai dan burger. ini hanya contoh, tidak semua ambil makanan yang sama. Jadi, bagaimana untuk menangani masalah ini? Sebenarnya banyak pilihan cara makan untuk kita mempunyai berat badan ideal. Salah satunya atkin diet iaitu diet tanpa makan nasi, tapi makan makanan yang lain mengikut jadual. Walaupun begitu, tak semua mampu untuk tidak makan nasi kerana memang sudah lumrah orang Malaysia untuk makan nasi. Jadi, jalan lain adalah dengan menggunakan konsep suku suku separuh iaitu nasi suku, ayam atau daging suku, dan sayur separuh. Makan