Skip to main content

Berat badan Ideal

Menurut kajian, rakyat Malaysia terlalu banyak yang terlebih berat badan sehingga menjadi obesiti atau berat badan berlebihan. Hal ini berlaku kerana banyak makanan asas semua bangsa berasaskan lemak dan lebih karbohidrat tak kira waktu pengambilan makanan tersebut. Sebagai contoh, pagi sarapan dengan nasi lemak berlauk, tengah hari makanan berlemak (kari, masak lemak), malam nasi berlauk juga, dan makan tengah malam bagi yang cepat lapar adalah roti canai dan burger. ini hanya contoh, tidak semua ambil makanan yang sama. Jadi, bagaimana untuk menangani masalah ini?

Sebenarnya banyak pilihan cara makan untuk kita mempunyai berat badan ideal. Salah satunya atkin diet iaitu diet tanpa makan nasi, tapi makan makanan yang lain mengikut jadual. Walaupun begitu, tak semua mampu untuk tidak makan nasi kerana memang sudah lumrah orang Malaysia untuk makan nasi. Jadi, jalan lain adalah dengan menggunakan konsep suku suku separuh iaitu nasi suku, ayam atau daging suku, dan sayur separuh. Makan nasi sehari sekali sahaja. Selain itu, makan lah yang sesuai mengikut jadual. Contoh seperti gambar di bawah.



Selain itu, ambillah pemakanan mengikut keperluan badan, bukan lah mengikut nafsu makan.
Yang terbaik adalah makan 6 kali sehari dengan sedikit jumlah pemakanan dalam satu-satu masa.

Sebagai tambahan, boleh lah amalkan pengambilan teh hijau. Sekarang ada pelbagai jenama yang menghasilkan teh hijau, pilihlah yang sesuai dengan kehendak anda. 

Saya sendiri sekarang menggunakan AZN body cream dan AZN puteri lentik untuk memecahkan lemak tepu yang dah terkumpul dalam badan saya. Pertama sekali ia akan mengurangkan ukuran inci badan dan selepasnya akan menurunkan berat badan. Mana yang berminat, boleh lah pm saya di fb saya https://www.facebook.com/aziqadeng

Bagaimana untuk dapatkan BERAT BADAN IDEAL (Body Mass Index (BMI)), anda harus mengira. Cara kira :
  
                              BMI =  berat (kg)
                                          tinggi (m2)

BMI berasaskan anda punya tinggi dan berat. Iannya adalah salah satu cara untuk mengetahui anda berada dalam keadaan berat badan ideal atau tidak.

1. Kurang berat badan : BMI anda kurang dari 18.5

2. Berat badan yang sihat : BMI anda adalah antara 18.5 hingga 24.9

3. Berat badan : BMI anda adalah antara 25 hingga 29.9

4. Obesiti : BMI anda adalah 30 atau lebih tinggi


Silakan lah cuba mengira dan lihat anda pada tahap yang mana.

Semoga sama-samalah kita dapat berat badan yang sihat, jangan lupa bukan hanya pemakanan yang perlu dijaga untuk mendapatkan badan yang sihat tapi perlu juga untuk kita bersenam, 3 kali sehari dalam masa 20 minit seminggu sudah cukup untuk membantu kita mendapat badan yang sihat. 

Semoga perkongsian saya mendapat manfaat untuk semua.

Terima kasih.




Comments