Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018

Down - Rasa tersangat rendah diri

Down - Perasaan (Rasa sangat rendah diri) Entah kenapa agaknya, hari ni memang rasa down sangat-sangat. Mungkin otak aku ni banyak sangat berfikir agaknya. Maka, datang lah pelbagai perasaan buruk dari dalam diri ini. Ada banyak factor yang boleh buat kita rasa sangat rendah diri, antaranya : -stress di rumah -stress di tempat kerja (bagi yang bekerja) -penat -tak cukup tido -tak cukup rehat dan, apabila kita mengalami salah satu faktor di atas, pastinya kita akan  mudah rasa sangat rendah diri. Jadi, bagaimana untuk kita mengatasinya? Di sini, saya senaraikan beberapa tips untuk mengelakkan dan mengatasi rasa tersangat rendah diri ni : 1. bangun awal pagi, solat Subuh, sedekah al-fatihah buat kedua ibu bapa, diri sendiri, ahli keluarga, dan seluruh manusia sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia 2. sedekah kepada sesiapa sahaja yang kita ingin memberi 3. tanamkan rasa percaya dalam diri , katakan AKU BOLEH, tiada yang mustahil 4. mengaji , wala

permulaan

11.00PM Assalamualaikum semua. Ini yang pertama kali aku menulis blog. Rasa macam pelik sikit lah, sebab selalu tulis-tulis, lepas tu padam. Tapi sekarang aku benar-benar sedang menulis entri dalam blog sendiri. Tajuk - Lubuk Jiwa Paling Dalam. Kenapa? Aku pun tengah pelik kenapa aku pilih tajuk ni. Tapi hakikatnya dalam hidup seorang insan yang bernama manusia ini banyak suka duka, ranjau berduri, naik turun dalam hidup, jadi pasti nya ada terpendam di dalam hati kita sendiri, betul tak? Jadi, terciptalah tajuk ini. Untuk permulaan, memang macam banyak idea, banyak sangat nak tulis, dan aku berharap akan teruskan menulis dari semasa ke semasa. Sebenarnya aku memang suka menulis, tapi kekangan masa dan penat, jadi sekarang baru mencuba atas pertolongan seorang hamba Allah. Mudah-mudahan murah rezeki beliau. Amin. Insya Allah.