Skip to main content

Down - Rasa tersangat rendah diri

Down - Perasaan (Rasa sangat rendah diri)

Entah kenapa agaknya, hari ni memang rasa down sangat-sangat. Mungkin otak aku ni banyak sangat berfikir agaknya. Maka, datang lah pelbagai perasaan buruk dari dalam diri ini.

Ada banyak factor yang boleh buat kita rasa sangat rendah diri, antaranya :
-stress di rumah
-stress di tempat kerja (bagi yang bekerja)
-penat
-tak cukup tido
-tak cukup rehat

dan, apabila kita mengalami salah satu faktor di atas, pastinya kita akan  mudah rasa sangat rendah diri. Jadi, bagaimana untuk kita mengatasinya?

Di sini, saya senaraikan beberapa tips untuk mengelakkan dan mengatasi rasa tersangat rendah diri ni :

1. bangun awal pagi, solat Subuh, sedekah al-fatihah buat kedua ibu bapa, diri sendiri, ahli keluarga, dan seluruh manusia sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia

2. sedekah kepada sesiapa sahaja yang kita ingin memberi

3. tanamkan rasa percaya dalam diri, katakan AKU BOLEH, tiada yang mustahil

4. mengaji, walaupun hanya sebaris ayat Al-Quran

5. mulakan sesuatu kerja dengan Bismillah

6. jangan terlalu memikir apa yang orang katakan terhadap kamu, tapi muhasabah diri anda

7. tetapkan tujuan atau 'goal' setiap hari, apa yang anda ingin lakukan, dan lakukanlah dengan tenang

8. jika hati tidak tenang, perbanyakkan lah istighfar.

9. sentiasa berfikiran positif.

Ok, dah banyak jugak ni. Mungkin ada lagi banyak tips lain yang anda tahu, anda bolehlah senaraikan untuk saya pula.

Alhamdulillah.

Terima kasih.

Comments